CHECKLIST AMALAN BULAN RAMADHAN
- Niat sebulan bagi malam yang pertama dan selanjutnya niat untuk hari-hari.
- Sembahyang Isyak berjamaah di masjid/ surau.
- Solat Tarawikh 20 rakaat.
- Tadarus membaca bersemak dan berturut-turut juzuk.
- Tidur malam membaca 4 ayat terakhir Surah Al Kahfi supaya dikejutkan bangun tepat jam 4.00 pagi.
- Bangun jam 4.00 pagi dan setengah jam untuk Qiamullail ringan (Solat Tahjud, Solat Taubat dan Solat Hajat)
- Jam 4.30 pagi kaum ibu masak sahur.
- Jam 5.00 pagi/ 5.15 pagi makan sahur.
- Jangan tidur sesudah sahur.
- Solat Subuh berjemaah di masjid.
- Tadarus pendek.
- Matahari tinggi segalah, lakukan solat Isyraq.
- Menjalankan kerja harian dan menjaga pancaindera.
- Jam 11.00 pagi tunaikan Solat Dhuha.
- Lakukan Solat Kafarah Baul 2 rakaat. Rakaat pertama selepas Fatihah baca Surah Al Kautsar kali dan rakaat kedua selepas Fatihah baca Surah Ikhlas 7 kali.
- Jam 12.00 tengahari tidur, niat tidur waktu Qailulah (ganti jaga
satu jam diwaktu sahur). - Solat Zuhur berjemaah.
- Tadarus pendek.
- Sebelah petang kaum ibu menyediakan berbuka petang.
- Solat Asar berjemaah di Masjid.
- Jika masa petang jangan gunakan untuk bersiar-siar atau menonton TV yang melibatkan kemaksiatan. Sebaik-baiknya digunakan untuk mengikuti majlis-majlis ilmu atau berdoa kerana waktu itu amat mustajab.
- Berbuka dengan ala kadar iaitu minuman yang belum dipanas oleh api atau dengan buah kurma atau buah tempatan.
- Segera Solat Maghrib di masjid.
- Makan malam bersama keluarga.
- Bersiap sedia untuk ke masjid menunaikan Solat Isyak dan Tarawikh secara berjemaah. Seelok2nya carilah masjid/ surau yg ada program tazkirah krn menghadiri majlis ilmu adalah wajib manakala solat Tarawikh hanyalah sunat.
0 Comments:
Post a Comment
<< Home